Langkau ke kandungan

Troli

Troli anda kosong

Artikel: Minyak wangi Ameer Safone kekal nama wangian klasik melayu

product line up

Minyak wangi Ameer Safone kekal nama wangian klasik melayu

PUBLISHED BY MNT PRESS ON 

Kuala Lumpur – Jenama minyak wangi Ameer Safone melancarkan 3 koleksi eksklusifnya dalam majlis pelancaran bertemakan ‘‘Celebrating Resilience, the New Beginning’’ yang berlangsung di WORQ KL Sentral, Kuala Lumpur pada sabtu lalu.

Dengan mengekalkan nama-nama klasik pada setiap koleksinya, Ameer Safone berhasrat mengangkat konsep melayu dan asli ke pasaran antarabangsa sebaris jenama-jenama terkenal dunia sekali gus mempromosi budaya di Malaysia.

Komited untuk meneroka pasaran minyak wangi tempatan dan global, jenama ini hanya mengeluarkan 200 unit sahaja buat permulaan bagi melihat penerimaan pengguna dan berhasrat mengeluarkan wangian baru menjelang suku tahun ke-tiga tahun ini.

Pengasasnya, Amirul Safuan Hj. Mohd Ishak yakin jenama ini berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan integral Malaysia dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mampu bersaing melalui sokongan daripada pihak kerajaan, memberi keyakinan dan membuka lebih banyak peluang ekonomi khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

“Minyak wangi bukanlah sesuatu yang asing bagi saya, dan saya sendiri amat meminati dengan wangian dan mengumpul pelbagai koleksi dari seluruh dunia.

“Setiap orang pasti ada minat tersendiri dalam memilih wangian, ada yang sukakan jenis oud, bunga-bungaan malah bau yang lebih strong, maka terhasillah 3 koleksi ini iaitu Srikandi, Bahaduri dan Mahkota’’ katanya dalam sidang media selepas pelancaran disini.

Tambahnya, dengan latar belakangnya dalam bidang perbankan dan pengurusan kewangan, beliau memanfaatkan kepakaran dan pengalaman untuk menceburi bidang baharu.

“Saya kekal yakin dan sering mendapat sokongan yang cukup luar biasa daripada pelbagai agensi termasuk rakan usahawan. Ini mendorong saya untuk terus mengejar cita-cita.

“Sokongan pengguna melalui kempen keutamaan dan pembelian barangan tempatan hari ini adalah satu bonus kepada usahawan tempatan seperti saya untuk memacu kehadapan” jelasnya lagi.

Dalam berkongsi mengenai motivasi diri dan sumber inspirasi, Amirul menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menganggap ketidakupayaan atau statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) sebagai batu penghalang dalam membina empayar perniagaan. Mengekalkan pemikiran yang positif, Amirul yakin bahawa tiada yang mustahil, dan kejayaan boleh digapai dengan semangat dan tekad yang kuat.

‘‘Terlibat dalam kemalangan pada tahun 2020 secara drastik telah mengubah hidup saya. Daripada menjalani kehidupan biasa, saya terlantar di katil hampir dua tahun. Walau bagaimanapun, saya enggan membiarkan kekurangan fizikal saya menjadi penghalang untuk saya berjaya. Sebagai seorang Muslim, saya berpandukan kepada kepercayaan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita manusia berakal dan secara lahiriah, kita mempunyai daya tahan untuk berkembang maju. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bantuan zakat, institusi korporat serta keluarga dan rakan-rakan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan saya dalam pemulihan,’’ katanya.

Amirul juga tidak menafikan kekuatan dan keberanian yang dimiliki selama ini diwarisi daripada Allahyarhamah ibunya yang turut berkecimpung dalam dunia perniagaan dan banyak mencurahkan ilmu pengetahuan yang kini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ameer Safone memperkenalkan tiga haruman minyak wangi dalam koleksi sulung iaitu Srikandi, Bahaduri, dan Mahkota. Setiap haruman unik dihasilkan khusus bagi melengkapi personaliti si pemakai mengikut citarasa masing-masing, menggunakan bahan semula jadi.

product

Srikandi menampilkan aroma manis yang melambangkan keanggunan, keyakinan dan feminin. Bahaduri bercirikan lelaki moden yang tampan bergaya, melambangkan kekuatan, keberanian, serta ketenangan. manakala, Mahkota menawarkan haruman yang diilhamkan oleh budaya Timur Tengah, membangkitkan unsur kemewahan dan misteri.

Produk dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.ameersafone.com